Kata Aluan Pengerusi


Bismillahirahmanirahim,

Assalamualaikum w.b.t . dan salam sejahtera buat semua Ahli Persatuan Pemuzik Wilayah Dorai serta seangkatan dengannya.

Saya selaku pengerusi Persatuan Pemuzik Wilayah Dorai ingin menyampaikan ucapan terima kasih saya kepada semua AJK yang telah banyak berkorban masa, tenaga serta material bagi menjayakan penubuhan persatuan ini. Tidak dilupakan juga kepada semua warga Wilayah Dorai yang memberikan sokongan yang padu dalam menjayakan matlamat penubuhan persatuan ini.. Sungguhpun kami masih baru, tetapi kami akan cuba merealisasikan impian semua warga persatuan.

Saya panjatkan syukur ke hadrat Ilahi yang telah mencurahkan rahmat keatas PPWD di dalam mengharungi ranjau perjuangan.
PPWD adalah sebuah persatuan yang di tubuhkan bagi memperjuangkan nasib dan martabat artis-artis rock kapak dari tahun 80an sehingga kini. PPWD akan sentiasa berusaha mengeratkan silaturrahim di antara semua anggota melalui laman sesawang dan perjumpaan yang di rancang. Persatuan Pemuzik Wilayah Dorai ini telah berjaya di daftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Persatuan( R.O.S ).

Ahli Jawatankuasa Persatuan yang telah dilantik terdiri daripada kalangan yang berdedikasi untuk memastikan perjalanan persatuan akan sentiasa ceria dan harmoni. Seiring dengan kecanggihan teknologi sekarang, pihak persatuan juga telah mengadakan blog persatuan sebagai halaman komuniti online bagi mengetahui maklumat dan berita terkini tentang aktiviti persatuan.
 Saya juga berharap agar semua pemuzik dapat bersatu padu demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan kita semua.

Akhir kata besar lah harapan saya semoga semua pemuzik walau dalam apa kategori pun akan terus berkarya dan mengembangkan lagi kualiti muzik dengan lebih cemerlang lagi


Sekian majulah muzik untuk negara.


Bakaruddin Daun @Burn Meditasi

No comments:

Post a Comment