Persatuan Pemuzik Wilayah Dorai
Wilayah Dorai berasal dari dua perkataan iaitu ‘Wilayah’ & ‘Dorai’. Perkataan ini adalah dari singkatan nama ‘Kompleks Wilayah’ dan ‘Jalan Doraisamy’. Kami menggabungkan nama tersebut kerana kebanyakkan dari kami memang memulakan karier sebagai pemuzik di situ.
Suatu masa dahulu di sekitar tahun 1985 - 2000 banyak studio latihan muzik berada di dalam premis tersebut. Di situlah kami berlatih muzik dan bertemu di antara satu sama lain sehingga menjadi akrab. Banyak kenangan pahit dan manis yang kami lalui untuk mencapai tahap sebagai pemuzik yang baik dan ada di antara kami terpaksa bermalam di studio kerana latihan yang panjang. Tempat tersebut juga mempunyai banyak premis perniagaan yang lain, maka lahir lah juga peminat yang suka kepada rentak muzik kami iaitu ‘rock’. Kini genre muzik kami telah di kenali dengan gelaran ‘ rock kapak’. Ramai di antara kami yang berjaya sehingga popular dan tidak kurang juga yang tidak bernasib baik.
Diantara nama nama studio latihan muzik yang berada di situ adalah: Studio Hellions , Studio Nurul , Studio Zag , Studio Wasiat , Studio Down Beat , Studio 49ers dan Studio Stairway. D situ juga terletaknya sebuah kelab snooker ( Rally Club ) yang menjadi kunjungan ramai pemuzik pemuzik lain untuk bermain snooker. Ada di antara mereka yang memang sudah terkenal pada masa itu seperti Wings, BPR, Masa, Meditasi, Blackrose dan banyak lagi.
Tidak terungkap kata kata di atas keterujaan kami untuk bersatu kembali setelah lama tidak berjumpa dan membawa haluan. Hanya dengan membina satu platform atas satu nama untuk meraih kembali nostalgia dan membina satu harapan kejayaan yang menjadi pencetus wujudnya ‘Wilayah Dorai’.
Penubuhan Persatuan Pemuzik Wilayah Dorai adalah sebagai satu badan yg bardaftar bagi mencari semula pemuzik-pemuzik zaman 80an yg mewarnai dunia hiburan tanah air.
Setelah meneliti dan membuat penilaian kepada komuniti Wilayah Dorai,kami mengambil keputusan untuk menubuhkan satu persatuan agar dapat memberikan bantuan dari segi sokongan moral dan kewangan. Tanpa persatuan segala niat murni kami mungkin tidak akan tercapai. Setelah perbincangan di antara Encik Kaswan, Encik Bakaruddin, Encik Norazam, Encik Amerik, Encik Abdul Rahim, Encik Abdul Rahman, Encik Abidin, Puan Animah, Cik Wan Haryati, Cik Norakma, Encik Mohd Rezaludin dan Encik Mohd Naufal, kami sebulat suara telah memutuskan untuk menubuhkan satu persatuan. Oleh itu, pada 22.08.2013 Encik Kaswan Bin Arsat (Wan Etika), Encik Bakaruddin Bin Daud (Burn Meditasi) dan En Norazam Bin Nordin (Dino Gombak) ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mendaftarkan Persatuan Pemuzik Wilayah Dorai.
Misi WD :
- Menjadi saluran rasmi di peringkat kerajaan
- Mencari jalan bagi masalah kekurangan peluang pekerjaan bagi ahli muzik, penyanyi dan pelakon.
- Memperbanyakkan aktiviti mencungkil bakat-bakat baru.
- Memberikan kursus perancangan kewangan jangka panjang seperti EPF kepada pengusaha
- Memberikan perkhidmatan bagi menjaga kebajikan khusus untuk para penggiat seni
- Mencari solusi latihan profesional dan pembelajaran.
- Membuat kursus pengetahuan pengurusan.
- Memikirkan perlindungan & hak artis.
Visi WD :
- Membina satu jalinan ukhwah antara pemuzik lama dan baru
- Menjadi satu tempat untuk rakan rakan pemuzik membuat jaringan perniagaan
- Membantu rakan rakan pemuzik yg tidak bernasib baik
- Menwujudkan tempat tempat untuk para pemuzik mencari rezeki (Outlet)
- Membantu para pemuzik bagi mengembangkan bakat mereka
- Membuat promosi dan hebahan di dalam dan luar Negara bagi para pemuzik yg berbakat
- Berkejasama dengan pihak kerajaan dan yang berkaitan hiburan dan muzik
No comments:
Post a Comment