Pada 1hb Mac yang lepas satu resepsi yang sederhana tetapi meriah dengan ramai tetamu yang merupakan sahabat dan saudara mara kepada pasangan Zana dan Jailani bagi meraikan perkahwinan kedua dua puteri mereka serentak. Majlis di adakan di Rooftop Garden Hotel, Bukit Jelutong, Shah Alam. Kami juga berkesempatan hadir untuk memberi penghormatan dan mengucapkan tahniah kepada mereka. Satu resepsi yang di gubah bagai taman dengan persekitaran pokok bagai dalam taman cinta yang membuat kami rasa seakan merasai kehebatan 'famili' yang menganjurkannya.
Purata rakan rakan yang hadir kebanyakan mereka turut menumpang kegembiraan. Jamuan yang dihidangkan membuka selera setiap yang hadir. Kelihatan kelibat artis dan 'riders' memenuhi ruang sambil berkenal mesra diantara mereka. Diruangan ini kami bagi pihak WD sekali lagi ingin mengucapkan tahniah dan 'Selamat Pengantin Baru' kepada kedua dua anak Zana dan Jailani.
Sedikit foto yang sempat dirakam pada majlis tersebut untuk tatapan anda.
Gee turut meluangkan masa menjenguk pengantin.....
Mak pengantin menghiburkan tetamu....
Nukilan : Wan
No comments:
Post a Comment